Monasoefian lodged complaint against the police
Sep 17th, 2006 by Tian
I had a shock when a few Suara Keadilan colleagues alerted me that on the front page of Metro, 14 Sept, it was reported that Monasoefian’s elder sister (45 years old) died in Wangsa Maju Police Lock-up.
Monasoefian was a devoted fighter of Reformasi. We first met in the lock-up in Petaling Jaya in the days of Reformasi. We were kept in the same cage for a few days. After that, I was transferred to another police station and later I found out that his detention was extended under ISA.
It astonishing to hear the tragic misfortune happened to his sister. I called Monasoefian immediately to console him. In sadness, he did not lose his characteristics of a reformasi activist. He was unsatisfied over the police (mis)handling of the situation.

The next day, Friday (15 Septmber), Monasoefian decided to make a police report to demand a thorough investigation on the death of his sister. At 15:30hr, a few KeADILan members gathered at Dang Wangi Police Station at Jalan Stadium to give support to Monasofian.

We are particularly concerned as death in custody is increasingly a common occurrence. Mediacal report stated that Monasoefian’s sister died in the lock-up due to a stroke. However no clear explanation from the part of the police what led to the stroke. The family members were also curious of why some bruises on her body.

We suspect her death maybe caused by negligence. Police officers should have supervise all detainees, especially those who are sick. From our experience, the appalling conditions in lock-up can be hazardous to health. I often had asthmatic attack from the filthy congested air in the cell.
It is regrettable that Musa Hassan, the new IGP remain defiance against IPCMC. The public will never have confidence toward the police unless an independent body can be installed to check possible abuses in the force.
16-9-2006

IGP Musa Hassan: We want IPCMC!
Suruhanjaya ialah satu badan yang ditubuhkan tanpa campur tangan secara langsung daripada mana-mana pihak demi kepentingan rakyat. Antara suruhanjaya yang kita ada ialah Suruhanjaya Pilihanraya , Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan sebagainya. Mutakhir ini , debat mengenai isu penubuhan IPCMC semakin hangat dan panas. Bahang isu ini masih dapat dirasai.
‘’Tariklah nafas\’’.Fikir sejenak erti dan maksud bebas aduan dan salah laku polis. Jika anda benar-benar berbuat demikian maka , penubuhan suruhanjaya ini bukanlah satu badan untuk memantau pergerakkan polis seperti yang difikirkan oleh sesetengah individu apatah lagi untuk menjejaskan imej dan kredibiliti seseorang polis. Erti perkataan tersebut cukup mudah iaitu satu tempat bebas untuk rakyat mengadu terhadap segala salah laku polis terhadap mereka. Persoalannya kini , adakah salah untuk rakyat mengadu sekirannya mereka dianiayai ? Ke manakah rakyat hendak bergantung apabila pergantungan kepada pihak polis yang sepatutnya menjaga keamanan dan keselamatan tidak terjamin? Bolehkah rakyat kita diperlakukan seperti yang disukai oleh “segolongan†pihak polis ? Di manakah keadilan?
IPCMC tidak akan mejejaskan kredibiliti polis di negara kita. Itu hanyalah alasan sesetengah pihak semata-mata. Fikir sekali lagi secara mendalam. Apakah yang ada di dalam Suruhanjaya ini sehingga begitu hebat sampai mampu menjejaskan kredibiliti polis? Hanya aduan jika ada. Aduan yang benar sahaja yang mampu menjejaskan tetapi aduan yang tidak benar langsung tidak mampu menggugat kredibiliti dan kewibawaan polis. Fikir sekali lagi. Apakah yang menyebabkan kepada berlakunya aduan yang benar ( jika ada ) sehingga mampu menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan polis? Jawapannya , salah laku dan tindakan polis yang menyalahi kuasa , melampui batas , rasuah dan pelbagai lagi perkara yang tidak sepatutnya berlaku!!!! Kini jelas terbukti bahawa bukannya IPCMC yang menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan polis negara kita tetapi kelakuan dan tindakan polis yang mejejaskan kredibiliti dan kewibawaan mereka! Salah siapa? Rakyat? IPCMC? ataupun tindakan dan kelakuan mereka sendiri? Justure , dakwaan penubuhan IPCMC mencabar kredibiliti mereka adalah satu penyataan yang tidak berasas.
Hak rakyat harus diperjuangkan! Tanpa rakyat apa itu kerajaan? Tanpa kerajaan siapakah polis? Punca pendapatan kerajaan adalah daripada rakyat manakala punca pendapatan polis adalah daripada kerajaan hasil daripada rakyat secara tidak langsung! Rakyat yang membayar gaji polis secara tidak langsung! Takkan kita tiada hak untuk mempertahankan dan memperjuangkan hak kita sekirannya hak kita telah dicabar? Pelbagai kejadian telah berlaku baru-baru ini yang telah menjejaskan imej polis negara kita. IPCMC belum ditubuhkan lagi , imej mereka telah terjejas. Oleh itu , IPCMC haruslah ditubuhkan untuk menjaga imej polis negara kita. Apabila adanya IPCMC , kelakuan sesetengah polis secara tidak langsung dapat dikawal dan polis tidak berani untuk melakukan sesuatu di luar bidang kuasa mereka. Mereka akan menjadi lebih amanah , dedikasi dan bertanggungjawab kerana takut akan diadu sekirannya tidak menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh. Senario ini telah membuktikan kepada kita IPCMC mampu untuk menjaga imej polis di negara kita dan bukannya menjejaskan.
Jika berlaku kecurian , rakyat akan mengadu kepada pihak polis. Jika berlaku masalah dalam sekolah , rakyat akan mengadu kepada pengetua sekolah. Jika rakyat diperlakukan oleh polis dengan sesuka hati , ke manakah rakyat hendak mengadu? Mungkin anda akan mengatakan mengadu kepada polis. Tidakkah akan berlaku ketidakadilan? Keadaan ini adalah seperti apabila anak kita dibunuh oleh A dan kita pula mengadu kepada Bapa A. Berapakah kebarangkalian aduan kita dapat ditegakkan ? Tepuklah dada tanyalah selera. Kita sepatutnya mengadu kepada orang C yang tiada berkaitan dengan A langsung.
Peribahasa†sebab nila setitik rosak susu sebelangga†menjadi antara senjata pihak tertentu untuk menolak penubuhan ini. Sejauh manakah peribahasa ini ditafsir dengan mendalam dan betul oleh kita? Peribahasa ini sebenarnya bermaksud oleh kerana sesetengah orang yang tidak baik dalam sesuatu komuniti akan mejejaskan seluruh komuniti itu walaupun sesetengah golongan yang kecil itu. Fikir sekali lagi. Apa kaitan peribahasa ini dengan IPCMC? Yang menjadi nila itu bukannya IPCMC tetapi sesetengah polis yang tidak baik dalam komuniti polis. Oleh itu , IPCMC adalah senjata yang terbaik untuk menghapuskan nila itu supaya yang tinggal dalam komuniti polis adalah terbaik. Keadaan ini secara tidak langsung telah menjamin nama baik polis. Kewibawaan dan kredibiliti mereka dapat ditonjolkan dengan lebih baik apabila nila-nila yang tidak baik dimusnahkan , dihancurkan , dihapuskan dan dibinasakan. Peribahasa ini sebenarnya berpaksi pada kewajaran IPCMC ditubuhkan. Pendekatan kedua untuk mentafsir peribahasa ini secara mendalam ialah tidak mungkin oleh kerana sesetengah polis yang menjadi nila itu menyebabkan hak dan keadilan 2.6 juta rakyat tergadai. Rakyat ibaratkan susu dalam belengga tidak seharusnya dirosakkan oleh nila-nila yang merosakkan itu. Pendekatan ketiga ialah , tidak mungkin nila-nila yang tidak baik menyusahkan seluruh komuniti polis. Perkataan menyusahkan tidak seharusnya timbul. Hal ini demikian , telah jelas terbukti bahawa IPCMC tidak menyusahkan mana-mana polis yang baik. Polis yang baik tidak akan dilibatkan. Jangan kita dikabulkan oleh peribahasa ini. Lebih-lebih lagi , IPCMC dapat menjamin kewibawaan polis seperti yang diutarakan tadi. Mengapa pula polis-polis yang baik akan terlibat? Pihak polis yang baik diminta jangan risau. Kalian tidak akan disusahkan malahan dengan adanya penubuhan ini imej kalian dapat dibersihkan kerana yang tinggal hanyalah yang baik-baik sahaja. Yang tidak baik itu sudah diadu kepada IPCMC dan tindakan tertentu diambil.Justeru , hak nama baik kalian terjamin. Bak kata pepatah berani kerana benar takut kerana salah. Jika tidak perasaan bahawa mana-mana individu akan membuat salah sehingga diadu maka IPCMC tidak seharusnya menjadi masalah. Melainkan individu tertentu tahu akan membuat perkara yang tidak sepatutnya baru perlu takut dan gentar dengan penubuhan IPCMC.
Dinasihatkan polis-polis yang baik keluar menyokong IPCMC kerana Suruhanjaya ini dapat membersihkan imej polis yang telah dijejaskan oleh segolongan nila yang tidak baik. Polis-polis yang baik seharusnya berani kerana benar kerana jika anda adalah polis yang baik maka penubuhan IPCMC langsung tidak memberi sebarang kesan kepada kamu. Diharapkan Perdana Menteri tegas dalam meneruskan rancangan asalnya untuk menubuhkan IPCMC dan tidak patut lagi ragu-ragu. Kepentingan rakyat harus diutamakan dahulu. IPCMC bukannya hendak menyusahkan polis. IPCMC adalah untuk menjamin imej polis dan pada masa yang sama rakyat yang disusahkan oleh polis dapat ditegakkan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan kasih kepada polis-polis yang baik yang ada dalam negara ini kerana telah menjaga keselamatan dan keamanan negara dan rakyat selama ini. Jasa anda tidak ternilai. Bakti dan peluh darah anda sememangya suci. Saya sanjung. Saya hormat. Saya hargai. Saya juga berasa sedih dan simpati oleh kerana beberapa polis yang tidak baik telah menjejaskan kewibawaan anda semua. Walaubagaimanapun , jasa anda yang baik melebihi dosa yang dilakukan oleh polis tertentu. Oleh itu , penubuhan IPCMC dapat menunjukkan kepada masyaratkat bahawa nama anda terjamin kerana yang akan diadu hanya mereka yang telah merosokkan nama polis. Mereka haruslah diambil tindakan tertentu dan jika boleh dihapuskan daripada komuniti polis. Akhir sekali , diminta rakyat dapat mengingati dan menghargai jasa dan budi polis yang baik dan pada masa yang sama berusaha untuk menyingkirkan nila-nila yang merosakkan.
this is totally unacceptable.