Ceramah PROTES Kenaikan Tol
Dec 26th, 2006 by Tian
PROTES KENAIKAN TOL
(Gabungan Parti Pembangkang, Kesatuan Pekerja dan NGO)
Kenyataan Media
25 Disember 2006
CERAMAH UMUM BANTAH KENAIKAN TOL PADA 27 DISEMBER
Gabungan parti pembangkang, kesatuan pekerja dan NGO – PROTES KENAIKAN TOL, akan menganjurkan satu ceramah umum “Bantah Kenaikan Tol” pada 27 Disember (Rabu), jam 8 malam di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Jln Maharajalela, Selangor.
Penceramah yang akan hadir adalah Ust Nasharudin (Timb Presiden Pas), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP), Dr Wan Azizah (Presiden KeADILan), Syed Shahir (Presiden MTUC), Yap Swee Seng (Pengarah Suaram) dan pemimpin mahasiswa.
Pada pagi hari yang sama (27 Disember), gabungan ini juga akan menyerah memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri untuk membantah kenaikan tol.
Orang ramai diseru hadir ke ceramah umum untuk menunjukkan bantahan terhadap kenaikan kadar tol di lima perhentian tol di sekitar Lembah Klang.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi DR HATTA RAMLI, Setiausaha Protes Kenaikan Tol pada talian 019-3398659.
DR HATTA RAMLI
Setiausaha Protes Kenaikan Tol